Puncak Niaga Terima Tawaran Pengambilalihan Oleh Kerajaan Selangor

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) akhirnya bersetuju secara prinsip menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih 100% pegangan saham dalam PNSB dan 70% saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keputusan untuk menerima pengambilalihan oleh kerajaan negeri itu dimaklumkan kepada Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dalam satu surat bertarikh 6 Jun 2014.

Ia kemudiannya dibalas oleh KDEB dalam balasan suratnya pada Selasa.

"Kedua-dua pihak telah bersetuju dengan terma dan syarat pengambilalihan 100% pegangan saham PNSB dan 70% saham Syabas dengan pertimbangan tunai bersih berjumlah RM1,555.3 juta.

"Sebagai sebahagian daripada tawaran pengambilalihan itu, kerajaan Selangor menerusi anak syarikat milik penuhnya, (KDEB) akan mengambil alih pegangan saham Puncak Niaga dalam PNSB dan Syabas, termasuk semua aset dan liabiliti.

"Bagaimanapun, aset, liabiliti dan usaha niaga yang tiada kaitan dengan industri air dikecualikan," kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, melainkan pengecualian aset, liabiliti dan usaha niaga PNSB yang tiada kaitan dengan perjanjian konsesi, kesemua terma dan syarat berkenaan selari dengan terma dan syarat yang terkandung dalam tawaran akhir KDEB kepada Puncak Niaga bertarikh 26 Februari 2014.

Ia menambah bahawa Kerajaan Selangor turut dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Puncak Niaga membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia pada akhir dagangan pada Selasa bagi mengesahkan persetujuan secara prinsip untuk menerima tawaran pengambilalihan tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan itu menyambut baik perkara itu dengan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Selangor berikutan usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat kini di peringkat akhir.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memulakan proses menawarkan saham air kepada rakyat Selangor yang layak sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai sepenuhnya.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana komitmen dan bantuan kepada Kerajaan Selangor dalam memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor seperti yang dinyatakan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Tambahnya, usaha menggabungkan industri air di Selangor secara bersepadu hampir menjadi kenyataan dan kerajaan negeri akan memenuhi komitmen untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2 seperti yang dipersetujui menerusi perjanjian persefahaman (MoU) Air yang dimeterai antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan pada Februari lalu.

"Saya akan mempengerusikan bersama dalam mesyuarat Langat 2 dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada Khamis ini," katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan