Mihun Jijik Cap Masjid Guna Logo Halal Tidak Sah - Jakim

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 4:38 PM

Papan tanda kilang mee hoon yang menggunakan logo halal tidak sah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk 'Bihun Istimewa' menggunakan lambang masjid  keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara. 

Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial.

Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan,  syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya. 

Seorang lelaki dipercayai warga asing sedang membungkus mihun cap masjid.


"Jakim dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Mereka juga tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada Jakim," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 


Bagaimanapun Hakimah berkata, oleh kerana produk tersebut mengguna logo halal Jakim pada pembungkusan produknya, Jakim akan mengambil tindakan  mengikut Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. 

"Jakim telah mengambil maklum hal ini dan pihak kami sedang menyiasat lanjut perkara ini," katanya. 

Kawasan persekitaran kilang mihun yang menjijikkan. 

Sejak pagi Selasa, beberapa keping gambar menjijikan memaparkan pengusaha mihun menggunakan lambang 'masjid' tersebar di blog dan laman sosial. 

Ia memaparkan aksi pekerja asing bukan Islam sedang membungkus mihun berkenaan dengan suasana kedai yang kotor dan menjijikan. 

Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan mereka terhadap status halal produk berkenaan. 



Tags / Kata Kunci: mee hoon istimewa , logo halal , Jakim

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan