Khazanah Kaji Pelan Selamatkan MAS

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 12:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd akan mengumumkan pelan perancangan untuk menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang kini berhadapan masalah kewangan.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar pada Selasa berkata, tiga perkara utama perlu diberi perhatian.

"Pertamanya isu dalaman iaitu mengenai produktiviti MAS. Kedua, sebagai syarikat penerbangan negara, kita perlu jelas mengenai syarikat penerbangan yang bagaimana kita mahukan khususnya mengenai daya saing.

"Dan yang ketiga ialah berkaitan isu kepimpinan yang merupakan perkara yang sangat mencabar," katanya.

Bercakap kepada pemberita di Invest Malaysia 2014, Azman berkata, adalah amat mencabar bagi kepimpinan MAS dan "kami amat hargai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahaya dan pasukannya bekerja bekerja kuat untuk syarikat itu."
Tags / Kata Kunci: MAS , Khazanah Nasional

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan