Dyana Sofya Nafi Dakwaan Mahu Rejimen Askar Melayu Diraja Dibubar

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 4:00 PM

Dyana Sofya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon DAP yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) - Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar mengenai beliau mahu mencadangkan supaya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan.

Dyana Sofya berkata, beliau berharap Noh dapat mengesahkan sumbernya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Terdapat satu akaun Facebook yang palsu di mana menyamai dengan akaun rasmi saya.

"Saya tidak pernah membuat pendirian berhubung perkara itu," katanya kepada para pemberita di Parlimen pada Selasa.

Dalam Dewan Rakyat pada Isnin, Noh membuat dakwaan mengenai Dyana Sofya yang mahu menghapuskan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Dyana Sofya berkata, beliua akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai akaun facebook palsu itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, akaun Facebook palsu dengan alamat "www.facebook.com/dyanasofyaDAP" manakala akaun rasminya adalah "www.facebook.com/dyanasof".

"Dalang di sebalik akaun Facebook palsu itu cuba menimbulkan kekeliruan antara kedua-dua akaun," kata Dyana Sofya, sambil menambah bahawa individu yang menyamar itu turut membuat komen berhubung perkara-peraka lain termasuk tempat beliau belajar dahulu di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, beliau telah pun membuat laporan kepada Facebook untuk memeriksa akaun palsu berkenaan tetapi masih belum ada tindakan yang diambil.

Dyana Sofya ditewaskan oleh Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi pada PRK Teluk Intan 31 Mei lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan