Akta Kebajikan Haiwan Diperkenal - Tajuddin

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Malaysia bakal menjadi antara negara awal di rantau Asean yang memperkenalkan Akta Kebajikan Haiwan bagi melindungi kebajikan dan kesejahteraan haiwan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, draf rang undang-undang mengenai akta itu kini dalam semakan akhir di Pejabat Peguam Negara dan dijangka dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini.

"Dengan adanya akta baharu itu, semua aktiviti yang melibatkan haiwan dan binatang ternakan dan bukan ternakan akan dipantau.

"Harapan kita ialah untuk menjaga kebajikan semua haiwan sekaligus mengurangkan perbuatan kezaliman, penganiayaan dan penyeksaan terhadap binatang di negara ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Kebajikan Haiwan 2014, di sini, Isnin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Mohamad Azmie Zakaria berkata jabatan itu telah memperkenalkan sistem pendaftaran brand (tatoo) bagi menangani masalah kecurian ternakan lembu yang dilaporkan semakin meningkat kebelakangan ini.

Katanya, dari 2013 hingga Mei 2014, sebanyak 2,393 ekor ternakan lembu telah dicuri di Semenanjung dan Labuan dengan nilai kerugian sebanyak RM2,976,430.

"Selepas ini semua ternakan lembu akan ditandakan dengan satu brand atau tatoo yang unik untuk membolehkan tuan punya ternakan mengenal pasti ternakan mereka. Ini diharap dapat kurangkan kes kecurian," katanya.

Lebih 500 penternak dan pengusaha ternakan haiwan dari seluruh negara menghadiri majlis tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan