RM47 Juta Wang Caruman Guru Belum Dituntut

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terdapat kira-kira RM47 juta wang caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) yang masih belum dituntut, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata pihaknya akan berusaha untuk mengesan pencarum-pencarum KWSG itu untuk mengagihkan wang berkenaan.

Katanya pencarum terakhir direkodkan ialah pada tahun 2007.

"Jumlah wang tunai yang ada pada KWSG kini ialah RM47,761,320 dan aset sebanyak RM254,931,779.

"Kami akan pastikan mereka (pencarum) dibayar caruman mereka kerana mereka merupakan guru yang telah banyak berkhidmat pada negara dan anak bangsa," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 di persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Sehubungan itu beliau berkata tidak timbul isu kononnya hak pencarum dipinggirkan setelah KWSG dibubarkan.

Rang undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan bertujuan menubuhkan perbadanan Yayasan Guru Tun Hussein Onn pada persidangan Dewan Rakyat pada 7 April lalu.

Yayasan itu akan mengambil alih fungsi dan peranan Kumpulan Wang Simpanan Guru yang dicadang dibubar oleh rang undang-undang itu.

Idris turut menolak akan berlaku pertindihan fungsi antara Yayasan dan Kementerian Pendidikan kerana apa yang akan dilaksanakan Yayasan akan dipastikan selaras dengan peningkatan tahap profesionalisme perguruan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Selasa.


Tags / Kata Kunci: KWSG

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan