Pemuda Umno Johor Serah Laporan Maklum Balas Berhubung Penubuhan LPHJ

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 1:16 PM

Khairul Anwar Rahmat.

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Pergerakan Pemuda Umno Johor pagi Isnin menyerahkan laporan lengkap hasil dialog pelbagai pihak kepada kerajaan negeri berhubung penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ). 

Laporan maklum balas itu diserahkan Naib Ketuanya Datuk Khairul Anwar Rahmat kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13, Isnin.

Khairul Anwar yang ditemui pemberita berkata laporan maklum balas berkenaan dikumpul selama tiga hari hasil daripada dialog dan perkongsian pendapat pelbagai pihak termasuk media, pimpinan politik, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan suara hati rakyat. 

Beliau berkata perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno bahagian di negeri ini turut dilakukan bagi mengambil kira pendapat mereka. 

"Laporan penuh maklum balas berkenaan menggariskan perkara yang meliputi perancangan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat, memenuhi harapan rakyat untuk memiliki rumah mampu milik serta melindungi institusi Raja-Raja daripada sebarang spekulasi dan tohmahan," katanya.
 
Menurutnya, dalam pertemuan singkat pada Isnin, Mohamed Khaled menyambut baik maklum balas berkenaan dan akan memastikan ia diteliti sebaiknya. 

Khairul Anwar berkata Pergerakan Pemuda Umno Johor pula berharap lembaga yang bakal diwujudkan kelak dapat berfungsi sebaiknya dan memberi faedah kepada semua pihak terutama rakyat di negeri ini. 

Kerajaan negeri Johor pada Isnin dijadual membentangkan rang undang-undang untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu.

Hasrat kerajaan negeri itu sebelum ini menimbulkan tanda tanya dan mendapat pelbagai reaksi termasuk tentangan sesetengah pihak kerana jika rang undang-undang itu diluluskan dikatakan akan menyaksikan pembabitan Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tags / Kata Kunci: LPHJ , Khairul Anwar Rahmat , Umno Johor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan