Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Kerugian MAS

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak usul DAP untuk membahaskan isu kerugian yang dialami oleh Penerbangan Malaysia (MAS) pada tahun lepas bernilai RM1.2 bilion.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, permohonan usul yang dibentangkan oleh Lip Lim Eng (DAP-Segambut) tidak memenuhi syarat-syarat terhadap usul tergempar seperti yang termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 18(1).

Beliau berkata, permohonan itu perlu spesifik, segera dan mempunyai kepentingan rakyat.

"Saya mendapati kerajaan sudah bertindak untuk menentukan punca kerugian syarikat penerbangan itu dan sedang mencari penyelesaian berhubung perkara yang dibangkitkan.

"Ia sekarang sedang disiasat, maka ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan (untuk dibahas)," kata Pandikar dalam jawapan bertulisnya kepada Lim.

Dalam usul yang dikemukakan pada 6 Jun lalu, Lim meminta supaya Dewan Rakyat membincangkan mengenai kerugian yang ditanggung oleh syarikat penerbangan negara itu pada tahun lepas, dengan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM433.4 juta pada suku pertama 2014.

Menurut Lim, MAS mencatatkan kerugian besar selama tiga tahun berturut-turut. Sehubungan itu, ia memperlihatkan kelemahan pengurusan MAS yang tidak boleh lagi bersaing dengan syarikat penerbangan lain terutama selepas insiden kehilangan pesawat MH370.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan