Syed Husin Ketuai Siasatan Kes Rasuah Babitkan Azmin

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 4:11 PM

Syed Husin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang anggota dari kem Mohamed Azmin Ali cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.

Menyifatkan kes berkenaan 'berprofil tinggi' kerana membabitkan pemimpin utamanya, Lembaga Disiplin PKR melantik veteran parti, Dr Syed Husin Ali untuk mengetuai pasukan siasatan.

Syed Husin adalah bekas Timbalan Presiden PKR sebelum Azmin mengambil alih kedudukannya pada pemilihan 2010.


Mohamed Azmin 


Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, PKR memandang serius dakwaan politik wang dalam parti itu dan mahu siasatan dijalankan dengan terpeinci walaupun membabitkan individu berpengaruh dan berjawatan tinggi.

"Kita sudah meneliti surat aduan berhubung politik wang dan kita sedar ini merupakan dakwaan serius terutama membabitkan pemimpin utama parti.

"Justeru kita bersetuju melantik Dr Syed Husin untuk meneliti kes ini," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Dr Tan mengulas mengenai status terkini susulan aduan bertulis yang dikemukakan ahli parti itu yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berhubung dakwaan Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'.

Menurut Badrul Hisham, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan  Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Sebelum ini, sememangnya diketahui bahawa Xavier berada dalam kem 'Keadilan Raya' yang diketuai  Azmin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan