Pindaan Terhadap Enakmen LPHJ Mendapat Pujian

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 8:32 AM

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan cadangan pembentangan satu enakmen baharu bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada persidangan Dewan Undang Negeri (DUN) Johor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa ahli politik senior memuji keputusan kerajaan Johor melakukan pindaan terhadap Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dan Hartanah Johor (LPHJ) yang akan dibentang pada Isnin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, beliau gembira kerajaan Johor mendengar suara-suara mereka yang mewakili pelbagai kumpulan.

"Terdapat kebenaran (oleh kerajaan negeri) untuk pindaan dan ia telah dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Johor Baru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan keutamaan adalah pembentukan lembaga perumahan untuk mengawal keadaan perumahan di negeri itu.

"Saya percaya perkara yang dibuat pelbagai pihak diambil kira dan persiapan akan dibuat dengan sewajarnya.

"Ia bagus. Namun, saya bimbang dengan keadaan perumahan di Johor, jadi lembaga tersebut amat penting.

"Peranan kerajaan negeri akan menjadi lebih besar dengan pembentukan lembaga tersebut dan saya amat gembira melihat ia diluluskan," kata Shahrir.

Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong berkata 'peringatan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti tepat pada masanya.

"Ia akan bertindak untuk keseragaman dan sebagai penjelasan sekiranya istilah 'kerajaan negeri' digunakan secara konsisten sepanjang tempoh Rang Undang-Undang itu di mana-mana ia dirancang, nasihat kerajaan negeri perlu diikuti.

"Ini akan selaras dengan peruntukan Perlembagaan," kata Leong.

Pada Sabtu, Najib berkata, enakmen itu juga mestilah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat sistem raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta amalan demokrasi negara ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan