Jaipp Tuntut Jenazah Mualaf Di Upacara Pengebumian Cina

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 5:00 PM

Pegawai Jaipp membawa masuk jenazah ke dalam sebuah van.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Satu majlis pengebumian Cina di sebuah apartment di Jalan Macallum dihadiri oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp)  bagi "menuntut" mayat si mati yang didakwa telah memeluk Islam.

Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, didakwa telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah.

Ahli keluarga dan saudara-mara si mati terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipp ketika upacara pengebumian sedang dijalankan pada tengah hari.

Upacara perarakan penguburan dijadualkan akan dilakukan selepas itu.

Selepas rundingan dilakukan selama beberapa jam, keluarga Teoh membenarkan para pegawai untuk menuntut jenazah tersebut. 

Jenayah dibawa ke dalam sebuah van kepunyaan Jaipp pada kira-kira pukul 3.50 petang.

Difahamkan jenazah itu dibawa ke rumah mayat sementara menunggu perkembangan selanjutnya.

Ahli keluarga si mati berkata, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Dilaporkan bahawa kematian Teoh disebabkan dia terjatuh dari blok apartmentnya pada Sabtu lalu.

Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan mempunyai teman lelaki beragama Islam.

Tags / Kata Kunci: Jaipp , mualaf , jenazah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan