Buka Peluang Sama Rata Kepada Golongan Istimewa

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Golongan istimewa tidak seharusnya dipinggirkan daripada kehidupan masyarakat dan wajar diberi peluang sama rata khususnya dalam aspek pendidikan dan keperluan asas.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah mahu lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan tampil membantu pusat jagaan golongan istimewa.

"Peranan pertubuhan bukan kerajaan membantu golongan istimewa ini membolehkan tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan kepada kerajaan sahaja," katanya pada majlis amal Persatuan Orang Pekak Sabah Cawangan Sandakan di sini, Isnin.

Tan turut menghargai usaha persatuan berkenaan yang terus membantu golongan pekak di negeri ini terutama membantu kanak-kanak pekak dalam pembelajaran awal mereka sebelum mereka meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya.

Beliau berkata bagi ibu bapa mempunyai anak-anak istimewa jangan menganggapnya suatu beban dan masyarakat juga tidak wajar memandang serong terhadap golongan itu.

"Sebaliknya perlu bersama-sama membimbing anak istimewa ini berdikari dan berjaya dalam aktiviti yang disertai khususnya dalam pendidikan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan