Dua MP DAP Minta TPM Perjelas Lawatan Australia 2012

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen DAP meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan penjelasan berhubung lawatan kerjanya ke Australia pada 2012 selepas dokumen yang didakwa merupakan butiran jadualnya termasuk lima hari sebagai "melencong" ke Gold Coast tersebar di Internet.

Bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen pada Isnin, Ahli Parlimen Bukut Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, Timbalan Perdana Menteri hanya meluangkan masa selamat empat hari pertama di Melbourne, di mana beliau menghadiri Forum Ekonomi Dunia Ke-4 dari 10 November sehingga 18 November 2012.

Dokumen terbabit yang disiarkan secara dalam talian, menunjukkan Muhyiddin dan rombongan pengiringnya menghabiskan masa lima hari lagi di Gold Coast, Brisbane.

Kedua-dua Ahli Parlimen DAP itu mendakwa bahawa ia bukan kali pertama lawatan luar negara Muhyiddin "melencong" sebagaimana yang telah didedahkan oleh blog yang sama sebelum ini mengenai program golf semasa lawatan rasminya ke Dubai pada April. 

Muhyiddin menafikan lawatan Dubai itu merupakan lawatan golf, dan program yang dibocorkan itu merupakan sekadar "draf".

"Menurut dokumen terbaharu yang dibocorkan oleh blog yang sama, ia mengatakan bahawa lawatan Dubai bukan kes terpencil, dan Muhyiddin mempunyai kecenderungan untuk berbelanja mewah dalam lawatan kerjanya," kata Zairil.

Sim berkata, Muhyiddin dan rombongan pengiringnya yang terdiri daripada 17 orang tinggal di Hotel Hilton Surfer's Paradise yang mewah dan didakwa bahawa tiada seorang pun ahli rombongannya dari Kementerian Pelajaran (kini Kementerian Pendidikan).

Dokumen dengan dua halaman itu menunjukkan lawatan ke Gold Coast termasuk penerangan selama satu jam oleh Petronas Brisbane mengenai satu projek usahasama pada 14 November dan penerangan selama satu jam dan pelancaran Malaysian Scientific Diaspora pada 15 November.

Pada 16 November, ia dijadualkan sebagai "program persendirian".

Pada 17 November, dokumen itu menunjukkan Muhyiddin mempunyai tiga program, sebelum beliau dan rombangan pengiringnya berlepas dari Australia ke TUDM Subang menggunakan pesawat khas pada 18 November.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan