Lawatan Najib Ke Turkmenistan Perkukuh Hubungan Dua Hala, Dagangan

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 9:38 AM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

ASHGABAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual tiba di sini Isnin bagi memulakan lawatan rasmi kedua ke Turkmenistan untuk memperkukuh hubungan dua hala selain memperluas hubungan dagang sedia ada antara kedua-dua negara.
 
Lawatan dua hari Najib, yang akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, ke negara ini adalah atas jemputan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov.

Turut mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan kali ini ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Lawatan rasmi pertama Najib ke negara Asia Tengah ini ialah pada 11 dan 12 Julai 2011.

Wisma Putra menyatakan Najib akan diberikan sambutan rasmi di Istana Presiden sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Berdimuhamedov pada Selasa.

Kemudian, kedua-dua pemimpin akan mengetuai delegasi masing-masing pada mesyuarat dua hala, yang dijangka membincangkan pelbagai perkara berkaitan hubungan dua hala dan perdagangan.

Turkmenistan ialah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar di rantau Asia Tengah.

Pada 2013, jumlah dagangan kedua-dua negara ialah sebanyak US$33.13 juta berbanding US$11.68 juta pada 2012 dan US$24.27 juta pada 2011.

Selepas itu, Najib yang juga Menteri Kewangan dan Berdimuhamedov akan menyaksikan majlis menandatangani lima dokumen iaitu Kenyataan Bersama antara Malaysia dan Turkmenistan; Perjanjian Kerjasama kebudayaan antara Malaysia dan Turkmenistan dan Minit yang Telah Dipersetujui berhubung Terma Rujukan bagi Jawatankuasa Bersama Perdagangan antara Malaysia dan Turkmenistan.

Mereka juga akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama pendidikan dan MoU berkaitan kerjasama jangka panjang antara Petronas dan State Agency in Charge of Hydrocarbon.

Najib dan Rosmah kemudian akan menyertai kira-kira 100 warga Malaysia yang bekerja di negara ini dalam satu majlis makan tengah hari, yang dihoskan Duta Malaysia di Turkmenistan Norman Muhamad, di hotel penginapan mereka di sini.

Selepas itu, Perdana Menteri akan melawat Tugu Perlembagaan untuk meletakkan kalungan bunga sebelum menanam sepohon pokok rhu di taman tugu itu.

Kira-kira 25 pemimpin dunia telah menanam pohon itu di taman berkenaan sebagai simbol persahabatan dengan Turkmenistan semasa lawatan rasmi masing-masing.

Sempena lawatan rasmi itu, Najib dan Rosmah juga akan diraikan oleh Berdimuhamedov dalam majlis makan malam rasmi di Istana Presiden.

Mereka dijadual pulang ke tanah air pada Selasa malam.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Turkmenistan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan