Permohonan Lesen Pemborong Minyak, Stesen Minyak Baharu Dibeku

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 10:00 PM

KPDNKK akan melaksanakan pembekuan sementara terhadap permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol termasuk permohonan untuk membuka stesen minyak baharu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan pembekuan sementara terhadap permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol serta pembukaan stesen minyak baharu selama enam bulan mulai Selasa sehingga Disember ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, dalam operasi yang dijalankan, kementerian mendapati wujudnya elemen penyelewengan dalam rantaian penyaluran minyak diesel dan petrol bersubsidi.

Menurutnya, ia bermula dari depoh simpanan, stesen minyak sehingga ke pemborong selain kementerian turut percaya terdapat unsur pakatan dalam kegiatan itu.

“Selain tindakan penguatkuasaan sepanjang masa, kementerian melaksanakan sekatan sementara atau pembekuan sementara bagi memastikan kegiatan penyelewengan ini diperangi secara habis-habisan.

“Pembekuan sementara ini akan berkuatkuasa mulai esok (Selasa), 10 Jun 2014 sehingga Disember tahun ini.

“Dalam tempoh pembekuan ini, kementerian akan mengkaji mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah ketirisan di peringkat rantaian ini dan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai langkah-langkah wajar bagi membendung kegiatan penyelewengan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Alias berkata, pembekuan permohonan lesen itu turut melibatkan pihak yang mahu menjadi penyimpan minyak diesel dan petrol bagi kegunaan industri dan domestik serta bagi kegunaan kapal-kapal.

Sementara itu katanya, bagi pemborong dan pengusaha stesen minyak yang didapati bersubahat dalam kegiatan penyelewengan ini dengan bukti, lesen mereka akan digantung dan dibatalkan serta-merta.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mereka yang jelas mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Alias berkata, KPDNKK turut akan melaksanakan had kuota bagi stesen-stesen minyak yang berhampiran dengan sempadan seperti di Johor, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak selepas pelaksanaannya di Kelantan.

“Ini bagi menyekat berlakunya pembelian bahan api secara berlebihan yang dipercayai ada kaitanya dengan aktiviti penyelewengan. Pelaksanaannya akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan