Tempat Latihan Untuk Graduan Perubatan Terhad

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 10:11 AM

Dr Adeeba Kamarulzaman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelajar perubatan yang menamatkan pengajian selama lima tahun bagi program tersebut mungkin mendapati tempat adalah terhad di hospital latihan.

Doktor kanan meramalkan proses pemilihan mungkin dikenakan terhadap graduan perubatan dalam masa terdekat memandangkan bilangan yang menamatkan pengajian dalam bidang tersebut mencatatkan rekod tertinggi iaitu 5,000 orang setiap tahun.

Para pelajar mungkin berpeluang cerah untuk mendapat tempat di hospital latihan sebagai doktor pelatih jika mereka menamatkan pengajian di institusi yang menduduki ranking lebih baik.

Hospital latihan hanya mampu menampung kira-kira 3,000 doktor pelatih setiap tahun.

Sumber penjagaan kesihatan berkata, kira-kira 4,000 hingga 5,000 pelajar perubatan akan menamatkan pengajian setiap tahun dengan lebih separuh daripadanya pulang dari luar negara.

Mereka yang menamatkan pengajian dari universiti tempatan terutamanya universiti awam dan universiti luar negara ternama menghadapi sedikit masalah untuk memasuki sistem penjagaan kesihatan itu berbanding mereka yang tamat pengajian dari universiti luar yang mempunyai rekod buruk.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, Majlis Perubatan Malaysia mempertimbangkan untuk memperkenalkan pemeriksaan pelesenan umum terhadap semua graduan bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai latihan mencukupi mendapat tempat di hospital-hospital berkenaan.

"Jawatan doktor pelatih dan pegawai perubatan mungkin tidak mencukupi. Kementerian Kesihatan mungkin memilih mereka dari sekolah dengan rekod diiktiraf," katanya.

Seorang sumber berkata, hospital latihan di Lembah Klang, misalnya, diiktiraf dengan pelbagai sekolah perubatan swasta, beberapa universiti awam, menyebabkan bilangan pelajar melakukan latihan terhadap pesakit terlalu ramai.

Beliau berkata, Kabinet harus mengurangkan bilangan program dan jumlah pelajar yang memasuki sekolah perubatan di negara ini sebanyak 70 peratus.

Dr Adeeba berkata, badan pembiayaan pendidikan perlu bersikap selektif dan hanya menghantar pelajar ke sekolah perubatan dengan rekod yang baik.

"Apa yang saya bimbangkan adalah pelajar terbaik kita dihantar ke luar negara dengan ranking yang lebih rendah berbanding sekolah perubatan tempatan," katanya.

Seorang doktor yang enggan namanya didedahkan berkata, situasi itu hanya akan bertambah buruk setiap tahun sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.

Katanya, Kabinet perlu mula mengurangkan bilangan pelajar memasuki sekolah perubatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan