RTM Lancar 'Wall of Rio to Malaysia' Promosi Piala Dunia 2014 - Berita Semasa | mStar

RTM Lancar 'Wall of Rio to Malaysia' Promosi Piala Dunia 2014

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 12:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghangatkan promosi Piala Dunia Fifa 2014 menerusi aktiviti lakaran grafiti 'Wall of Rio To Malaysia' pada dinding konkrit bahagian luar Kompleks Angkasapuri, di sini. 

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata aktiviti itu sebahagian daripada siri promosi RTM sebagai penyiar berlesen, menjelang empat hari acara berprestij itu.

"Kali ini kami ingin menonjolkan sedikit kelainan dalam promosi Piala Dunia dengan melukis dinding konkrit di luar pintu masuk utama Angkasapuri, memandangkan jalan ini dilalui banyak kenderaan setiap hari," katanya kepada pemberita selepas melancarkan lukisan grafiti itu, Ahad.

Tiga orang pelukis diketuai Zulkifli Salleh daripada kumpulan Super Sunday melakar grafiti bertemakan Piala Dunia Rio yang bakal bermula 12 Jun ini.

Norhyati berkata lukisan itu akan dikekalkan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat tahun sebagai 'Dinding Grafiti RTM'.

RTM diberi hak menyiarkan sebanyak 35 perlawanan Piala Dunia Fifa 2014 meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda.

RTM menjadi penyiar utama acara itu sejak 10 edisi lepas bermula 1974.
Tags / Kata Kunci: RTM , Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan