9.1 Juta Liter Diesel Bernilai RM58 Juta Dirampas

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 12:55 PM

Operasi penyeludupan minyak diesel di perairan selatan berjaya dipatahkan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 12 buah kapal dan 9.1 juta liter minyak diesel dengan nilai keseluruhan RM58 juta telah dirampas dan disita sejak Operasi Diesel Selatan (Odis) dilaksanakan di perairan selatan tanah air pada 9 Mei lepas. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata aktiviti haram penyeludupan diesel bersubsidi yang sering dilaporkan berlaku di perairan selatan iaitu sekitar perairan Sungai Rengit, Kota Tinggi dan perairan Pasir Gudang.

"Selepas operasi ini dijalankan, jumlah rampasan minyak diesel meningkat berlipat kali ganda dan usaha terus dipergiatkan dengan memberi tumpuan kepada kawasan perindustrian serta sempadan negara," katanya dalam sidang media selepas Hari Keluarga KPDNKK di sini Ahad.

Beliau berkata dalam Odis 4 yang dijalankan dari Rabu hingga Jumaat lepas, tiga buah kapal tangki, enam buah lori tangki, sebuah lori satu tan serta 625,410 liter minyak diesel bernilai RM3.2 juta telah dirampas.

Katanya hasil pemerhatian dan pemantauan, kawasan perairan selatan negara digunakan oleh beberapa sindiket untuk memindahkan minyak yang dikumpul di jeti persendirian melalui kapal-kapal tangki kecil sebelum dipindahkan ke kapal tangki besar.

"Kemudian minyak itu sama ada dieksport atau dijual kepada kapal asing, perairan selatan juga digunakan sebagai tempat penjualan minyak oleh kapal-kapal asing tanpa kebenaran," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasan berkata kementerian tidak akan mengurangkan stok tepung ke kawasan sempadan tanah air walaupun ia dikatakan menjadi lokasi penyeludupan melalui 130 laluan tikus.

"Kita meminta Unit Pencegahan Penyeludupan membuat kawalan ketat ke semua laluan tikus dan kita tidak boleh mengurangkan stok bekalan kerana kita memenuhi permintaan," katanya.

Beliau berkata Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Alias Ahmad akan bertemu syarikat pembekal tepung pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: diesel , KPDNKK , Hasan Malek

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan