Penunjuk Perasaan Bangkitkan Isu-Isu Yang Sah - Nijhar

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 6:21 PM

Protes yang diadakan di luar kediaman Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri KS Nijhar pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan pemuda yang melakukan bantahan di hadapan sebuah kondominium di Bukit Bangsar telah membangkitkan isu-isu yang sah dan perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri KS Nijhar, Ahad.

Nijhar berkata dua wakil Pemuda dalam CWC perlu membangkitkan isu-isu yang terkandung dalam memorandum itu, yang telah diterima daripada seorang wakil penunjuk perasaan.

Para penunjuk perasaan telah memilih kondominium tempat di mana Nijhar tinggal untuk membantah keputusan jawatankuasa itu yang memecat memecat Ketua Pemuda MIC cawangan di Kedah, K. Somasundaram daripada parti.

Kumpulan tersebut membawa poster dan kain rentang serta mengadakan demonstrasi aman selama 30 minit di hadapan kondominium itu pada Sabtu untuk membantah pemecatan Somasundaram yang terus mengkritik Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.

Katanya, kumpulan itu juga telah membangkitkan isu-isu lain termasuklah isu di Kampung Buah Pala, estet Bukit Jalil dan kuil di Jalan Raja Chulan.

Beliau berkata mereka juga membuat bantahan terhadap Ketua Penerangan MIC L.Sivasubramaniam dan ahli jawatankuasa kerja pusat AK Ramalingam, dengan mendakwa kedua-dua mereka telah membuat kenyataan-kenyataan yang merosakkan parti.

"Saya menjelaskan bahawa di bawah perlembagaan parti, jawatankuasa disiplin boleh bertindak terhadap orang-orang yang membuat kenyataan akhbar yang bertentangan dengan kepentingan parti. Tetapi ia tidak dapat bertindak terhadap anggota jawatankuasa kerja pusat.

"Jadi, isu kedua-dua mereka yang membuat komen, perlu dibangkitkan pemimpin Pemuda di peringkat jawatankuasa kerja pusat yang boleh bertindak terhadap mereka," katanya.

Katanya, beliau telah menjelaskan kepada wakil Pemuda bahawa protes jalanan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada mereka atau masyarakat India.

"Terdapat peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi jawatankuasa tatatertib dan tangan mereka diikat dalam mengambil tindakan terhadap ahli-ahli CWC," katanya.

Nijhar berkata beliau telah memberi penjelasan mengenai sebab-sebab jawatankuasa itu membuat keputusan memecat Somasundaram tetapi mereka mendakwa ia adalah tidak adil.

"Saya memberitahu mereka bahawa Somasundaram boleh membuat rayuan kepada CWC," katanya.

Beliau berkata mereka juga telah membangkitkan mengenai pelantikan senator dan mendakwa ia telah lama tertangguh, serta parti tidak melakukan apa-apa untuk melantik senator pada masanya.

Nijhar berkata beliau kesal apabila Pemuda memilih untuk membantah pada hari lahir Yang di-Pertuan Agong.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri KS Nijhar , CWC , MIC , Somasundaram

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan