PM Ucap Tahniah Kejayaan Pahang Rangkul Piala FA

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 10:51 AM

Pemain Pahang meraikan kemenangan mereka selepas merangkul Piala FA malam Sabtu. Pahang menewaskan Felda United FC 2-1. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengucapkan tahniah dan memuji persembahan skuad bola sepak Pahang yang menjulang Piala FA 2014 selepas menundukkan Felda United FC malam Sabtu.

"Apa lagi boleh saya katakan tentang pasukan bola sepak negeri kelahiran saya ini. Ternyata handal. Tahniah skuad Tok Gajah!," katanya dalam laman twitter beliau pada Ahad.

Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan berstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam.


Tags / Kata Kunci: PM , Tahniah , Pahang , Piala FA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan