Tiada Negara Kritik Tindakan Malaysia Tangkap Militan Asing

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 3:22 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

BALING: Malaysia tidak pernah menerima kritikan dari mana-mana negara yang rakyat mereka ditangkap kerana terbabit dengan kegiatan militan antarabangsa di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata sebaliknya Malaysia dipuji atas tindakan tegas itu yang yang dibuat demi keselamatan rakyat negara ini dan dunia.

Katanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama bahagian Cawangan Khas tidak bertolak ansur dengan kegiatan jenayah yang dilakukan mana-mana kongsi gelap dan pertubuhan militan yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Saya memberi jaminan PDRM dan pihak Cawangan Khas akan tegas melaksanakan tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah dan keganasan tempatan dan pihak (militan) luar yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi mereka," katanya kepada pemberita sewaktu lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di sini Ahad.

Hadir sama pada lawatan itu adalah Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
Tags / Kata Kunci: militan asing , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan