Pelajar Tahun Enam Dikhuatiri Lemas Di Sungai Lembing - Berita Semasa | mStar

Pelajar Tahun Enam Dikhuatiri Lemas Di Sungai Lembing

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 12:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang murid tahun enam dikhuatiri lemas ketika mandi bersama keluarganya di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini petang Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Anuar Hassan berkata mangsa, Osama Suparman, 12, dari Kemaman dilaporkan hilang pada kira-kira 4.55 petang. 

"Mangsa dilaporkan hilang semasa sedang mandi di situ. Setelah menyedari kehilangannya, anggota keluarga mangsa cuba mencarinya namun gagal sebelum menghubungi polis," katanya ketika dihubungi di sini. 

Beliau berkata selepas menerima laporan, pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dan Jabatan Pertahanan Awam bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.

Bagaimanapun, katanya, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 8 malam berikutan keadaan gelap dan akan disambung awal pagi Ahad.

Tags / Kata Kunci: lemas , kanak-kanak , Sungai Lembing
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan