'Kami Diberi Makan Ayam Goreng Di Kepulauan Jolo' - Marcy

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 1:56 PM

Marcy (kiri) dan Gao disembunyikan oleh kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Jolo selama dua bulan sebelum dibebaskan 30 Mei lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pekerja hotel warga Filipina mendedahkan penculik menyediakan makanan secukupnya kepada dia dan Gao Huayun semasa mereka dalam tahanan di kepulauan Jolo, Filipina selama dua bulan.

Malah, penculik tersebut turut memberikan makanan istimewa kepada pelancong warga China sempena hari lahirnya.

"Kami diberi makan ayam goreng yang dibeli oleh anggota Abu Sayyaf tersebut dari sebuah kedai makanan, ia amat menyelerakan (masarap din)," kata Marcy Dayawan.

Ketika Gao meraikan hari lahirnya pada 8 April lalu, Dayawan berkata, kumpulan penculik tersebut membelikannya 'makanan istimewa' dari pekan.

Sebaik saja sampai di kampung halamannya di pekan Midsayap, Utara Cotobato di Kepulauan Mindanao, Marcy memberitahu media Filipina bahawa Gao menangis apabila mereka terpaksa berpisah selepas tiba di Kuala Lumpur dari Sabah.

Marcy, 40, berkata dia dan Gao ditahan oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh Alhabsi Misaya, di dalam hutan Indanan, Kepulauan Jolo.

"Mereka memanggil ketua tersebut sebagai Misaya atau kadang kala Maas (ketua)," katanya.

Menurutnya, semasa dalam tempoh tahanan, beliau bertindak sebagai penjaga kepada Gao, memenuhi segala keperluannya dalam kubu kumpulan tersebut.

Marcy berkata, kumpulan tersebut tidak mencederakan mereka tetapi mereka sentiasa diawasi oleh dua lelaki bersenjata.

Katanya, lelaki bersenjata tersebut turut membenarkan Gao menghubungi keluarganya di Shanghai dan dia perlu menterjemahkan perbualan itu kepada mereka.

Gao dan Dayawan berjaya dibebaskan selepas diculik selama dua bulan dan disembunyikan di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.

Marcy merupakan pekerja di Singamata Reef Resort dekat Semporna, lokasi penginapan Gao semasa percutiannya pada 2 April lalu.

Lima lelaki menculik sebelum melarikan mereka ke Kepulauan Jolo menggunakan sebuah bot laju.

Kedua-dua wanita tersebut berjaya dibebaskan pada 30 Mei lalu hasil rundingan pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan terbabit.

Pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina berkata, tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan mereka.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan