Kerajaan Masih Siasat Kes Jais Serbu Majlis Perkahwinan Hindu

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 11:23 PM

Joseph Kurup

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih menyiasat kes seorang wanita yang didakwa melangsungkan perkahwinannya mengikut agama Hindu sedangkan dia mempunyai nama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kerajaan peka dengan pandangan masyarakat berhubung perkara itu, khususnya permohonan wanita berkenaan, Zarena Abd Majid, 32, yang dilapor ingin menukar agamanya. 

Kontroversi itu tercetus susulan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Selangor (Jais) yang melakukan pemeriksaan ke atas Zarena ketika majlis perkahwinannya berlangsung di sebuah kuil di Shah Alam, Ahad lepas. 

"Kerajaan akan terus meneliti perkara ini," kata Kurup kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kerajaan kepada sebuah gereja di sini Ahad. 

Zarena sebelum ini mendakwa apabila bapanya memeluk Islam, status agamanya dalam sijil kelahiran dan MyKad didaftarkan sebagai seorang Islam namun dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. 

Dia turut mendakwa pernah cuba menukar status agama di kad pengenalannya sejak tujuh tahun lepas namun gagal.

Pada majlis itu, Kurup menyampaikan sumbangan RM500,000 bagi pembinaan pusat komuniti Gereja Methodist Tamil Brickfields. 

Beliau berkata pusat komuniti empat tingkat itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang aktiviti, tadika, bilik mesyuarat, pusat pembelajaran, pejabat pentadbiran dan auditorium.

Turut hadir Presiden Local Church Executive Committee (LCEC) Walter Santhosam dan Ketua Gereja Methodist Tamil John Navamany.
Tags / Kata Kunci: Jias , Zarena

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan