Penjelasan GST Di 134 Kawasan Parlimen - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan akan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi fasa kedua melibatkan 134 kawasan parlimen dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang sistem berkenaan yang akan bermula April tahun depan. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya akan mengadakan empat ceramah di setiap kawasan parlimen yang akan dikelolakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pemimpin setempat. 

"Kita akan buat seberapa banyak ceramah sebelum Ramadan ini," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu stesen radio KelantanFM di sini, Ahad.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus. 

Ahmad berkata ceramah tersebut akan disampaikan pegawai kastam negeri dan pusat serta dibantu pihak Kementerian Kewangan.

"Penceramah tempatan yang telah menghadiri kursus mengenai GST bolehlah membantu pegawai kastam untuk memberikan ceramah.

"Kita ingin pemimpin utama dalam masyarakat seperti ketua kampung dan mereka yang berpengaruh dahulu dengar, barulah mereka boleh terangkan kepada orang lain," kata Ahmad.

Beliau berkata orang ramai juga digesa mencari maklumat mengenai sistem cukai itu di portal GST jika ingin memahaminya dengan lebih jelas.

"Apa yang kita harapkan adalah rakyat secara proaktif mencari maklumat, ini kerana maklumat mengenai cukai berkenaan boleh diperoleh melalui portal yang telah disediakan.

Ahmad berkata sesi penerangan yang diadakan bukan sahaja melalui ceramah malah pihaknya turut menggunakan media sosial agar rakyat memahami sistem berkenaan.

"Kempen turut diadakan melalui radio, televisyen, surat khabar dan kita juga mempunyai pelbagai papan iklan yang menerangkan tentang GST," katanya.

Tags / Kata Kunci: GST , Parlimen , Ahmad Maslan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan