Keluarga Penumpang MH370 Lancar Kempen Kutip Dana

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 3:14 PM

Sarah (kanan) berharap pemberi maklumat akan tampil bagi merungkai misteri kehilangan MH370.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Ahad melancarkan kempen untuk mengutip dana sebanyak AS$5 juta (RM16.1 juta) sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang tampil memberikan maklumat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut tiga bulan lalu.

"Kempen 'Reward MH370' dilancarkan di laman web mengumpul dana, Indiegogo pada pukul 8 malam Ahad dan mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya AS$5 juta 'untuk menggalakkan pemberi maklumat tampil dengan maklumat," kata keluarga penumpang terbabit dalam satu kenyataan.

Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang hilang dari radar pada 8 Mac lalu.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai berakhir di Lautan Hindi tetapi operasi mencari dan menjejaki kapal terbang itu terus menemui jalan buntu apabila tiada serpihan ditemui.

"Kami yakin bahawa di suatu tempat, seseorang mengetahui sesuatu dan kami berharap ganjaran ini akan menariknya untuk tampil dengan maklumat," kata Ethan Hunt, ketua syarikat teknologi yang mengetuai projek 'Reward MH370'.

Sarah Bajc, teman wanita, penumpang warga Amerika, Philip Wood berkata, kesemua keluarga penumpang terlibat menyokong kempen tersebut bagi merungkai misteri kehilangan pesawat itu.

"Kerajaan dan agensi telah memberikan yang terbaik tetapi gagal menemui sebarang bukti.  Saya yakin bahawa ada pihak yang sedang menyembunyikan sesuatu," katanya.

Malaysia dan Australia yang mengetuai operasi pencarian itu berjanji akan terus mengesan pesawat tersebut.

Tags / Kata Kunci: MH370 , dana , Reward MH370 , Sarah Bajc

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan