Saman Malaysiakini Hak Asasi Najib - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 9:51 PM

Tan Sri Dr Rais Yatim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia presiden Umno itu, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata sebagai seorang yang bermaruah dan merasakan dirinya telah dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib, yang juga perdana menteri, tentu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan.

Venue (tempat) terbaik dan paling sesuai untuk berbuat demikian ialah mahkamah, katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

"Mengambil tindakan mahkamah lantaran teraniaya, difitnah, ditipu dan sebagainya adalah satu langkah yang dituntut di sisi hak asasi manusia," tegas Rais.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong hari ini yang menggesa Najib dan Umno membatalkan saman fitnah itu.

Rais berkata kenyataan itu secara jelas menunjukkan badan berkenaan sudah turun padang bermain politik, dan seolah-olah tidak lagi mengambil kira hak asasi manusia seseorang yang mahu mendapatkan keadilan di mahkamah.

"Apakah Majlis Peguam sudah lupa undang-undang yang mereka sendiri dakwa hendak ditegakkan? Kini terbukti peranannya sebagai pengamal politik murahan," katanya.

Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal Malaysiakini menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Steven Gan dan Ketua Editor Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.

Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan