Protes Di Luar Kediaman Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan anak muda pada Sabtu menimbulkan kekecohan di luar kondominium di Bukit Pantai yang menjadi kediaman Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri KS Nijhar.

Mereka datang dengan sepanduk dan poster untuk memprotes pemecatan Ketua Pemuda MIC cawangan di Kedah K.Somasundaram, yang juga termasuk dalam kumpulan protes tersebut.

Antara yang tertulis pada sepanduk-sepanduk yang dibawa termasuklah 'Selamatkan MIC', 'Nijhar adalah Tumor' MIC dan 'Masa Untuk Penggantian'.

Mereka kemudian menyerahkan memorandum kepada Nijhar.

Jurucakap, Subash Chandrabose mendakwa tunjuk perasaan diadakan kerana Nijhar gagal memberikan sebab yang betul terhadap tindakan pemecatan Somasundaram.

"Kami telah memberikan Nijhar dua minggu untuk menjawab tetapi dia diam," katanya.

Subash berkata Somasundaram hanya meminta presiden parti Datuk Seri G. Palanivel menjelaskan mengenai kelewatan dalam pelantikan senator yang dikhaskan untuk MIC.

"Dua jawatan masih kosong sejak awal 2012 dan sehingga kini tiada sebarang penggantian daripada parti. Pimpinan parti tidak diberi penerangan," katanya.

Somasundaram dipecat pada 12 Mei kerana kenyataannya itu.

Subash berkata mereka juga tidak berpuas hati apabila jawatankuasa tatatertib tidak bertindak terhadap Ketua Penerangan L.Sivasubramaniam yang telah memanggil Ketua Pemuda MIC C. Sivarraajh meletakkan jawatan tanpa asas.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri KS Nijhar , K.Somasundaram , MIC

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan