Polis Sahkan Mayat Ditemui Di Pulau Tioman Adalah Huntley

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 6:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat seorang lelaki yang ditemui di Sungai Mentawak dekat Chalet Lagoon, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas disahkan adalah Gareth David Huntley, 34, yang dilapor hilang di kawasan air terjun Lubuk Teja sejak 27 Mei lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pengesahan itu berdasarkan keputusan dan interpretasi DNA oleh pegawai sains Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya.

"Setelah perbandingan dibuat ke atas profil DNA yang diperoleh, didapati bahawa penderma spesimen darah Janet Southwell adalah ibu kandung kepada penderma tulang mayat yang dijumpai.

"Kebarangkalian materniti adalah 99.9999 peratus dikira berdasarkan kepada pangkalan data STR penduduk Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina dan India.

"Ini bermakna mayat yang dijumpai (Rabu lepas) adalah Gareth David Huntley," demikian menurut khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau kepada pemberita Sabtu.

Sharifuddin bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian mangsa.

Sementara itu, The Star Online melaporkan bahawa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata polis akan menunggu laporan bedah siasat sebelum mengesahkan punca kematian.

"Ini termasuk laporan toksikologi dan dokumen lain. Kita perlu merujuk kepada mereka untuk mengetahui punca kematian," katanya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Tinggi British telah diberitahu mengenai penemuan ujian DNA itu.

Warga Britain itu, yang merupakan sukarelawan Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman dilapor hilang pada 27 Mei lepas ketika dikatakan mahu ke Air Terjun Lubuk Teja berseorangan.

Huntley kemudian didapati tidak pulang sebelum rakan dan beberapa penduduk kampung keluar mencari beliau di kawasan hutan berhampiran air terjun itu sebelum laporan polis berhubung kehilangannya dibuat pada 29 Mei.

Pada 4 Jun, pasukan mencari dan menyelamat menemui satu mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Sungai Mentawak dekat Chalet Lagoon, Kampung Juara.

Mayat yang dipercayai milik Huntley itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat pada Khamis lepas dan sampel darah Southwell diambil bagi tujuan pemadanan DNA.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan