MH370: Majlis Makan Malam Amal Nufam Berjaya Kumpul RM50,000

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 10:50 PM

Ismail Nasaruddin

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) berjaya mengumpulkan lebih RM50,000 untuk 10 keluarga anak kapal MH370 dalam penganjuran majlis makan malam amal, Sabtu.

Presiden Nufam Ismail Nasaruddin berkata kesatuan itu akan terus memberi kekuatan dan bantuan kewangan kepada keluarga, sambil memanggil waris anak kapal sebagai 'hero' dalam kejadian tragis pada 8 Mac itu.

"Tidak ada seorang pun di luar sana yang lebih kuat daripada keluarga anak kapal untuk berdepan apa yang mereka telah lalui. Saya berterima kasih kepada mereka yang meletakkan kepercayaan kepada Nufam sebagai wakil.

"Kami telah mengumpulkan lebih RM50,000 melalui kempen derma malam ini dan kami berhasrat untuk terus mengumpul dana untuk mereka," kata Ismail dalam ucapannya.

Yayasan Kebajikan Negara menderma sebanyak RM10,000 melalui pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil.

"Kami semua turut merasai kehilangan, saya fikir, dan doa saya supaya mereka terus tabah untuk meneruskan kehidupan mereka," kata Shahrizat.

Pengarah jualan Empire Hotel Subang, Ng Weng Kee, yang menjadi tuan rumah bagi majlis makan malam amal ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000.

Kehilangan MH370 menyebabkan enam orang ibu perlu menyara sendiri keluarga mereka dan beberapa keluarga lain hilang tempat bergantung.

Walaupun beberapa keluarga berkata mereka pada mulanya dijaga oleh Malaysia Airlines, mereka mendakwa syarikat penerbangan itu telah menghentikan khidmat bantuan kepada mereka yang terlibat dengan firma undang-undang AS, Ribbeck Law Chartered.

10 anak kapal yang berada di atas kapal terbang malang itu ialah Patrick Francis Gomez, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Ng Yar Chien, Foong Wai Yeung, Wan Swaid Wan Ismail, Tan Size Hiang, Junaidi Mohd Kassim dan Mohd Hazrin Mohamed Hasnan.

Kesemua mereka telah berkhidmat dalam penerbangan antara 15 dan 34 tahun.

Mereka yang ingin menderma kepada keluarga anak kapal boleh berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan ke akaun Public Bank 6330386721.
Tags / Kata Kunci: Nufam , derma , makan malam amal

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan