Kes Zarena Dirujuk Kepada Peguam Negara, Jabatan Syariah

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 6:01 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merujuk permintaan Zarena Abd Majid untuk menukar agamanya kepada Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahad lepas, pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis perkahwinan Zarena di sebuah kuil Hindu di Shah Alam.

Zarena, 32, dibawa ke ibu pejabat Jais untuk direkodkan kenyataan.

Ahmad Zahid berkata beliau bersimpati dengan Zarena dan Jabatan Pendaftaran Negara akan membuat pertimbangan untuk menukar agamanya berdasarkan keputusan JKSM dan Peguam Negara.

"Sebagai kerajaan yang memahami sensitiviti agama, kami akan mengikut keputusan yang dibuat oleh JKSM dan Pejabat Peguam Negara," katanya kepada pemberita di Cheras pada Sabtu.

Mengenai kes pertikaian jagaan yang melibatkan S. Deepa di Seremban dan Indira Gandhi di Ipoh, di mana kedua-dua wanita mendakwa anak mereka diambil secara paksa dari mereka oleh bekas suami mereka yang kemudiannya menukarkan agama mereka dan anak-anak mereka kepada Islam, Zahid berkata beliau sentiasa memantau kedua-dua kes tersebut.

Zarena mendakwa bahawa bapanya telah mendaftarkannya sebagai seorang Muslim ketika dia masih kecil tetapi dia telah dibesarkan sebagai seorang penganut Hindu oleh ibunya.

Zarena mendakwa bahawa ayahnya, yang dikenali sebagai Mahendran, telah berkahwin dengan ibunya yang buta huruf, S. Vasandamma mengikut adat Hindu.

Dia kemudiannya memeluk agama Islam dan menggunakan nama Abdul Majid tanpa pengetahuan keluarga.

Dia kemudian mendaftarkan kelahiran Zarena dan abangnya sebagai penganut agama Islam dan menyimpan dokumen-dokumen berkaitan.

Abang Zarena dinamakan sebagai Abdul Ghulam Salleh Khan a/l Abdul Majid.

Dia mendakwa bahawa dia memohon untuk menukar agamanya pada MyKad tujuh tahun lalu tetapi permohonan itu ditolak kerana tidak mempunyai dokumen sokongan daripada bapanya.
Tags / Kata Kunci: Zarena Abd Majid , Mahendran , Abdul Majid

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan