Keputusan DNA Mayat Di Pulau Tioman Dijangka Pada Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keputusan ujian DNA bagi mayat ditemui di Pulau Tioman dijangka akan diketahui pada hari Isnin, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani. 

Mayat lelaki, yang ditemui di sungai di Pulau Tioman pada Rabu lalu, dipercayai Gareth David Huntley. 

Akauntan dari London berusia 34 tahun itu tiba di Pulau Tioman pada 24 Mei untuk menjadi sukarelawan bagi projek pemuliharaan penyu.

Huntley dilaporkan hilang pada 27 Mei lalu selepas pergi bersendirian ke kawasan air terjun Lubuk Teja.

Pasukan pencari kemudiannya mendapati mayat seorang lelaki di Kampung Juara pulau tersebut, kira-kira 500 meter dari chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu di kampung itu pada Rabu lalu.

Tags / Kata Kunci: Gareth David Huntley , DNA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan