Pengecualian Visa Ke Amerika Dapat Dilaksanakan Dalam 18 Bulan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 8:00 AM

Ahmad Zahid (kanan) merasmikan bendera Kementerian Dalam Negeri yang baharu ketika Perhimpunan Bulanan KDN di Dewan Auditorium Putrajaya pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia hanya memerlukan masa tidak sampai dua tahun atau 18 bulan untuk menyesuaikan sistem di Jabatan Imigresen dan menyelaraskan pelaksanaan jika diterima menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata tidak banyak yang perlu ditambah baik ke atas sistem di Jabatan Imigresen bagi urusan keluar masuk pelancong dan rakyat tempatan untuk disesuaikan dengan program itu.

"Antara penambaikannya ialah terhadap sistem pemeriksaan penumpang (APSS) dan alat pengimbas dokumen," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, Khamis.

Semasa lawatan kerja Presiden Amerika Barack Obama ke Malaysia April lalu, Malaysia melahirkan minat untuk menyertai program tersebut, dan Obama bersetuju untuk menimbangkannya.

Program Pengecualian Visa itu membolehkan rakyat negara yang menyertainya melakukan perjalanan ke Amerika tanpa visa dan berada di sana selama 90 hari atau kurang.

Setakat ini, 37 negara menyertai program itu, antaranya Brunei Darussalam, Singapura, Taiwan dan Jepun.

Ahmad Zahid berkata pada masa sekarang Malaysia memulakan program untuk penyelesaian secara menyeluruh melalui piawaian yang dijadikan garis panduan oleh 37 buah negara itu.

 "Kita bukan sahaja tambah baik dari segi pemprosesan perkakasan dan peralatan tapi dari segi pemantauan dan proses menyegerakan sistem masuk atau keluar rakyat Malaysia dan pelawat," katanya.

Beliau berkata jika Malaysia mendapat pengecualian itu, akan ada tiga tahap kemasukan iaitu pertama untuk pegawai kerajaan, kedua ahli perniagaan dan ketiga untuk pelancong.

Sementara itu dalam ucapannya, beliau berkata sebanyak 44,851 pendatang asing telah diperiksa dari awal tahun hingga Mei ini, dan daripada jumlah itu 13,191 ialah pendatang tanpa izin serta 198 majikan ditahan dan diambil tindakan.

 "Tiga warganegara yang dikesan mendominasi kesalahan di bawah peraturan Imigresen ialah Indonesia (5,118), Myanmar (2,061) dan Bangladesh (1,654)," katanya.

Tags / Kata Kunci: visa , Amerika Syarikat , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan