Remaja Lelaki Istimewa Hilang Di Gombak

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 4:56 PM

Ammar Muzakkir

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Remaja lelaki istimewa, Ammar Muzakkir, 14, didapati hilang sejak pukul 4 petang Khamis selepas dia berkeras mahu bersendirian apabila bapanya Mohammad Khuzaini Ismail menjemputnya dari sekolah.

Ibunya, Nik Nazli Nik Ahmad berkata, remaja lelaki itu kali terakhir diketahui menaiki LRT di Gombak.

"Ammar, yang menghadapi masalah pembelajaran serta turut mempunyai masalah tingkah laku kadang-kadang bertindak menolak stereng kereta apabila abangnya enggan menurunkannya apabila dia minta untuk bersendirian.

"Kami sememangnya tidak mempunyai pilihan dan kebiasaannya apabila kami meninggalkannya sendirian, dia pasti akan kembali juga ke rumah," katanya ketika dihubungi The Star Online pada Jumaat.

Niz Nazli berkata dia membuat laporan polis di Balai POlis Gombak pada Jumaat pagi dan mula menyebarkan berita kehilangan anaknya itu di laman sosial serta ahli keluarga.

Tambah Nik Nazli, Ammar biasanya berjalan sendirian dan pernah hilang beberapa kali namun akan kembali ke rumah selepas beberapa jam.

"Dia akan ambil teksi ke rumah anggota keluarga lain atau menaiki bas malah ada kalanya akan menaiki tren ke rumah. Walaupun dia tidak tahu alamat rumah, namun dia tahu tentukan arah perjalanan pulang.

"Kami cuba lakukan apa yang terbaik bagi memastikan keselamatannya terjamin termasuk memberikannya telefon bimbit bagi memudahkannya menghubungi apabila perlu," katanya.

Bagaimanapun menurut ibunya itu, Ammar seringkali menjual telefonnya itu bagi mendapatkan wang.

Kata Nik Nazli, Ammar beberapa kali menjual telefonnya itu.

Selain itu menurut Nik Nazli lagi, walaupun mempunyai MyKad dan kad OKU, Ammar ada kalanya memotong kad-kad berkenaan apabila dia merasakan enggan dikenali.

"Ammar juga pernah dengan sengaja menghilangkan pakaian seragam sekolah yang tertera namanya kerana tidak mahu orang lain mengenalinya," kata Nik Nazli sambil menambah bahawa Ammar didaftarkan di Pusat Jagaan Harian Melawati.
Tags / Kata Kunci: Ammar Muzakkir , Remaja Hilang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan