PAT Akui Wujud Kelemahan Di Esscom

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 10:48 PM

Zulkifeli Mohd Zin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengkaji dan memperbaiki sebarang kelemahan dalam kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kajian kelemahan itu termasuk aspek penguatkuasaan yang boleh menyumbang kepada berlakunya kejadian jenayah di kawasan itu.

"Tidak dinafikan berkemungkinan wujud kelemahan...jangan kita mengganggap tiada cabaran dalam diri kita sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Tajaan bernilai RM200,000 kepada Persatuan Hoki ATM di Wisma Pertahanan di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang dilaporkan oleh sebuah portal berita bahawa faktor kelemahan manusia seperti rasuah dan kebocoran maklumat oleh pihak bertanggungjawab mungkin wujud dalam isu keselamatan perairan Sabah dan bukan hanya disebabkan oleh kelemahan aset.

Pada majlis itu, pasukan hoki ATM menerima tajaan dalam bentuk wang tunai sempena Pertandingan Hoki Dalam Dewan Piala Asia Kelima bermula 15 Jun ini di Taiwan.

Zulkifeli yang juga Penaung Majlis Sukan Angkatan Tentera menerima tajaan daripada National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dalam bentuk wang tunai khusus bagi pembiayaan 12 pemain hoki ATM.

Tajaan disampaikan oleh Pegawai Eksekutif NADI, Tan Sri Datuk Mohd Shahrom Datuk Nordin kepada Tan Sri Zulkifeli pada majlis itu.

Pasukan hoki ATM terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan selama lapan hari yang turut disertai Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Taiwan dan Singapura.
Tags / Kata Kunci: Esscom , Zulkifeli Mohd Zin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan