Polis Nafi Keputusan DNA Kenal Pasti Mayat Ditemui Di Pulau Tioman

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 2:06 PM

Ibu Gareth David Huntley, Janet Southwell menunggu perkembangan operasi mencari anak lelakinya. Polis menafikan bahawa keputusan ujian DNA sudah dikeluarkan yang mengenal pasti mayat yang ditemui di Pulau Tioman adalah Huntley. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menafikan laporan berita yang menyatakan bahawa keputusan ujian DNA telah mengenal pasti mayat yang ditemui di Pulau Tioman sebagai Gareth David Huntley, warga Britain yang dilaporkan hilang sejak 27 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad pada Jumaat berkata, ujian DNA masih sedang dijalankan dantiada keputusan yang dikeluarkan ketika ini.

Satu laporan berita tempatan pada Jumaat melaporkan bahawa keputusan ujian DNA telah mengesahkan identiti mayat yang ditemui pada Rabu sebagai Huntley.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani turut berkata bahawa beliau tidak pernah membuat kenyataan seumpama itu dan akan membuat sidang media sebaik sahaja keputusan ujian DNA diketahui.

Pada Rabu, pasukan penyelamat menjumpai mayat yang sudah reput di Sungai Mentawak, kira-kira 20 minit dari unit penyimpanan kayak di chalet Juara Lagoon ketika mereka dalam perjalanan pulang dari operasi mencari.

Kawasan tersebut merupakan salah satu laluan untuk ke air terjun Lubuk Teja yang ingin dikunjungi Huntley, 34, sebelum hilang pada 27 Mei lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan