Kuasa Eksekutif Tetap Ditangan Menteri Besar - Khaled

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 9:33 PM

Khaled hadir pada majlis pelancaran Pelan Induk Pelancongan Johor dan pameran 'Explore Johor Fest' 2014, di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan penglibatan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang akan ditubuhkan kerajaan negeri bukan menjadi satu isu kerana kuasa eksekutif dipegang Menteri Besar.

Mohamed Khaled berkata, Menteri Besar adalah pengerusi secara automatik dan apa-apa tindakan Sultan Johor adalah atas nasihat Menteri Besar.

"Apa pun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa eksekutif adalah di bawah Menteri Besar.

"Menteri Besar akan menjadi Pengerusi lembaga manakala Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai timbalan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Induk Pelancongan Johor dan pameran 'Explore Johor Fest' 2014, di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini, Jumaat.

Menurut laporan sebuah portal berita, kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Dewan Undangan Negeri Johor, Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan.

Tambah portal tersebut, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga berkenaan.

Menurut beliau, penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh Menteri Besar.

Katanya, usaha untuk menubuhkan lembaga itu juga bukan sesuatu yang baharu kerana sebelum ini pendekatan yang sama digunakan untuk menubuhkan JCorp atau yang sebelum itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

"Kita mengikut enakmen sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) dahulu dan akta ini mesti dibaca bersama-sama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan