Ibu Siti Soffea Dan Suspek Bunuh Sering Dilihat Bersama

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 9:30 AM

Siti Soffea.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siti Salmy Suib, ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah yang dikelar sehingga putus kepala, dan suspek pembunuhan kejam itu sering dilihat bersama-sama di sebuah kompleks membeli-belah di mana kanak-kanak itu diculik.

Menurut seorang pekerja di kompleks membeli-belah itu di Kuala Lumpur, lelaki yang berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada 'kumpulan' Siti Salmah yang juga seorang gelandangan sering dilihat menghabiskan masa bersama.

"Dia (suspek) juga merupakan sebahagian daripada 'kumpulan' dia (Siti Salmy). Semua orang gelandangan di kawasan ini sering keluar bersama-sama dari semasa ke semasa," kata pekerja itu yang enggan dikenali.

Katanya, semua pekerja yang bekerja di pusat membeli-belah itu, terutama di aras empat yang menempatkan arkade, mengenali Siti Salmy, 32, dan rakan-rakannya.

"Anda boleh lihat dia di sini dari pagi sehingga tempat ini ditutup. Dia sekadar melepak dengan rakan-rakannya, meninggalkan anaknya berkeliaran seorang diri di aras empat," katanya, sambil menambah dia kadang-kadang dilihat bersama suspek.

"Mereka mengenali antara satu sama lain. Ia mungkin menjadi punca lelaki itu mengambil anaknya," katanya.

Pada 29 Mei lalu, kira-kira pukul 9 malam, seorang lelaki membawa Siti Soffea  kira-kira 1.5 kilometer ke bawah sebuah jambatan dekat Sungai Klang dan saksi dilaporkan melihat suspek mengelar leher kanak-kanak itu dipercayai menggunakan jubin seramik.

Ketika saksi mendekatinya, suspek melarikan diri dan terjun ke Sungai Klang. Satu mayat, dipercayai adalah suspek, dijumpai terapung di sungai dekat Bandar Sunway pada Sabtu lalu.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Siti Salmy tinggal di jalanan walaupun dia mempunyai keluarga di Cheras.

Siti Salmy, atau Amy yang dikenali di kalangan rakan-rakannya, turut dilihat di kawasan rekreasi berhadapan dengan Pudu Raya sekiranya tidak berada di pusat membeli-belah itu.

"Ramai rakan-rakannya tidak melihatnya sejak hujung minggu lalu. Jika anda hendak berjumpa dengan mereka, pergilah ke taman dekat pondok polis berhadapan dengan Pudu Raya," katanya.

Dia bagaimanapun enggan mengesahkan dakwaan sama ada kumpulan itu terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Suspek, yang baharu sahaja keluar dari penjara hanya dua minggu lalu, selepas menjalani hukumannya kerana memiliki senjata berbahaya, didakwa menculik Siti Soffea, 2, dari aras empat pusat membeli-belah berkenaan. Insiden itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Suspek mempunyai empat rekod jenayah kerana kesalahan dadah, mencuri kereta dan memiliki senjata berbahaya.

Ditanya mengenai di mana Siti Salmy mendapatkan makanannya, sumber berkata, VIP Lounge di arked itu kadang-kadang menyediakan makanan.

"Dia kadang-kadang makan di situ. Orang ramai juga menawarkan makanan dari semasa ke samsa. Dia sentiasa ada di sini. Sudah tentu kita akan menolong," katanya.

Seorang lelaki yang turut dilihat melepak di arked itu mempunyai kisah yang hampir sama untuk dikongsikan dengan berkata bahawa dia sering melihat kanak-kanak itu berkeliaran seorang diri di kompleks membeli-belah itu.

"Mereka sentiasa ada di sini jadi ramai mengenali mereka. Tiada apa-apa yang berlaku sehingga kejadian itu," kata seorang lelaki yang menganggur, yang menjelaskan bahawa dia sering menghabiskan masanya melepak di arked itu.

"Amy juga seperti saya. Jika saya tiada kerja, saya akan berada di sini. Di luar begitu panas," katanya.

Tambahnya, kanak-kanak itu sering dilihat berkeliaran di aras empat, tetapi ibunya sentiasa memerhatikan pergerakannya.

Seorang penjual tiket bas, yang bekerja dekat taman di mana Siti Salmy tinggal, berkata, taman itu merupakan tempat yang biasa digunakan oleh orang gelandangan untuk bermalam.

"Dia (Siti Salmy) kenal lelaki itu. Itu semua 'gang' diorang. Dia kadang-kadang ada di sini," katanya.

Penjual tiket bas itu mengesyaki pembunuh Siti Soffea disebabkan angkara dendam.

"Tak taula, tapi rasanya ini kerana dengki. Jika ada sesuatu yang diberikan tetapi tak dapat wang, (suspek) mungkin marah."

Dia menjelaskan bahawa kebanyakan kawasan itu merupakan tempat penagih dadah dan satu paket kecil mengandungi dadah dijual semurah RM9.

"Saya sukakan budak itu (Soffea). Dia seorang budak yang baik dan peramah. Dia tidak takut dengan orang dan saya kadang-kadang membelikannya gula-gula atau ais krim," katanya.

"Dia comel. Kita sukakan dia tetapi saya tidak sukakan ibu bapa dia," katanya, sambil menambah bahawa suami Siti Salmy dipercayai kini menjalani hukuman penjara.

Tambahnya, Siti Salmy bukanlah 'gelandangan sepenuhnya' kerana dia mempunyai tempat tinggal di Cheras tetapi dia memilih untuk menetap di jalanan kerana hubungannya bersama keluarga tidak begitu baik.

Siti Salmy pada masa ini direman untuk membantu siasatan polis.

Tags / Kata Kunci: Siti Soffea , Siti Salmy

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan