GST Bagi Petrol, Diesel Belum Diputuskan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan belum memutuskan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kemungkinan perkara itu akan diputuskan apabila kerajaan mengumumkan mekanisma baharu rasionalisasi subsidi bahan api tidak lama lagi.

Beliau berkata perkara itu itu perlu menunggu keputusan Kabinet yang juga kini sedang memperhalusi senarai 255 barangan yang mungkin dikecualikan atau dikenakan GST serta mekanisma rasionalisasi subsidi bahan api.

"Jadi saya tidak mahu cakap sama ada minyak akan ada GST atau tidak," katanya pada sesi soal jawab di taklimat GST Media Sosial di sini, Jumaat.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dilaporkan mendakwa harga bahan api itu akan naik selepas pengenalan GST pada April tahun depan.

"Itu hanya spekulasi, tetapi akan ada skim rasionalisasi subsidi bahan api untuk memastikan subsidi yang disalurkan hanya kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Ahmad meminta orang ramai mendapatkan maklumat tepat mengenai pelaksanaan GST dengan melayari laman web Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Dalam perkembangan lain, Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata parti itu masih menunggu jawapan daripada surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Yammy Samat, Selasa lalu, kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.

"Surat sudah dihantar...terpulang kepada dia dan bagaimana jika dia menjawab atau tidak menjawab kita akan pertimbang lagi kerana itu prosedur yang ada dalam Umno," katanya.
Tags / Kata Kunci: GST , Ahmad Maslan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan