ATM Kaji Kelemahan Di Esscom - PAT

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 6:36 PM

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengkaji dan memperbaiki sebarang kelemahan dalam kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kajian kelemahan itu termasuk aspek penguatkuasaan yang boleh menyumbang kepada berlakunya kejadian jenayah di kawasan itu.

"Tidak dinafikan berkemungkinan wujud kelemahan...jangan kita mengganggap tiada cabaran dalam diri kita sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Tajaan bernilai RM200,000 kepada Persatuan Hoki ATM di Wisma Pertahanan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang dilaporkan oleh sebuah portal berita bahawa faktor kelemahan manusia seperti rasuah dan kebocoran maklumat oleh pihak bertanggungjawab mungkin wujud dalam isu keselamatan perairan Sabah dan bukan hanya disebabkan oleh kelemahan aset.

Pada majlis itu, pasukan hoki ATM menerima tajaan dalam bentuk wang tunai sempena Pertandingan Hoki Dalam Dewan Piala Asia Kelima bermula 15 Jun ini di Taiwan.

Zulkifeli yang juga Penaung Majlis Sukan Angkatan Tentera menerima tajaan daripada National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dalam bentuk wang tunai khusus bagi pembiayaan 12 pemain hoki ATM.

Tajaan disampaikan oleh Pegawai Eksekutif NADI, Tan Sri Datuk Mohd Shahrom Datuk Nordin kepada Tan Sri Zulkifeli pada majlis itu.

Pasukan hoki ATM terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan selama lapan hari yang turut disertai Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Taiwan dan Singapura. 


Tags / Kata Kunci: ATM , Esscom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan