Anak Saudara Nik Nazmi Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 11:57 PM

Ammar Muzakkir

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Remaja istimewa, Ammar Muzakkir yang hilang sejak pukul 4 petang Khamis kini ditemui di Putrajaya dalam keadaan selamat.

Bapanya, Mohammad Khuzaini Ismail berkata, remaja berusia 14 tahun itu muncul di hadapan rumah adik perempuannya di Precinct 11 Putrajaya kira-kira pukul 7.15 malam, Jumaat.

Dia kali terakhir dilihat di LRT Gombak.

Walaupun dia dalam keadaan sangat lapar dan penat, Ammar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ammar merupakan anak saudara kepada Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ibunya, Nik Nazli Nik Ahmad berkata mereka masih belum pasti bagaimana Ammar bergerak sejauh hampir 50 kilometer kerana anaknya menceritakan kembali tentang perjalanannya dalam pelbagai versi.
Tags / Kata Kunci: Ammar Muzakkir , Nik Nazmi Nik Ahmad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan