Pembantu Rumah Ditempatkan Di Kejiranan Mewah, Elak Dikesan

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 10:39 AM

Seorang anggota polis forensik mengambil gambar lokasi mayat bayi lelaki ditemui dibuang di dalam gaung.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pembantu rumah warga asing yang diselamatkan dari sindiket yang menjadikan mereka sebagai hamba seks ditempatkan di kawasan kejiranan mewah untuk mengelak daripada dikesan oleh polis.

Difahamkan, pembantu rumah warga asing itu ditempatkan di kawasan kediaman berpagar dan dikawal yang terletak di Kota Kemuning, kira-kira 30 kilometer dari Petaling Jaya.

Tinjauan The Star mendapati kawasan kediaman itu dipenuhi rumah banglo dan dikawal oleh pengawal keselamatan warga Nepal.

Seorang pengawal keselamatan di pintu masuk ke kawasan tersebut berkata pelawat hanya dibenarkan masuk dengan kebenaran penduduk.

Pengawal keselamatan tersebut mengesahkan polis memasuki kawasan perumahan itu sejak beberapa hari lalu.

"Kami tidak tahu mengapa mereka berada di sini," katanya.

Dia juga tidak pasti jika polis hanya melawat sebuah rumah atau beberapa rumah di kawasan tersebut.

Pengawal keselamatan itu berkata, rumah yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut telah dikosongkan selepas polis melakukan serbuan.

Katanya, rumah tersebut sudah diduduki pada Rabu.












Tags / Kata Kunci: Kota Kemuning , sindiket hamba seks

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan