Operasi Kilang Tepung Dipantau Rapi - KPDNKK

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 4:35 PM

Semua kilang tepung tempatan kini dipantau rapi KPDNKK bagi memastikan bekalan mencukupi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memantau rapi operasi 11 lagi kilang tepung gandum di negara ini bagi memastikan bekalan kepada pemborong mencukupi.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, terdapat 12 pengilang tepung gandum di negara ini, iaitu masing-masing sembilan di Semenanjung, dua di Sabah dan satu di Sarawak.

“Setakat ini hanya satu pengilang sahaja yang dikesan membuat pengurangan bekalan kepada pemborong.

“Bagaimanapun, kita akan sentiasa membuat pemantauan terhadap semua pengilang bagi memastikan tiada pengurangan bekalan dibuat kepada pemborong terutama pada Ramadan dan Aidilfitri nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

KPDNKK ketika ini sedang menyiasat sebuah pengilang tepung gandum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengurangkan bekalan kepada pemborong.

Mengenai pengilang yang disiasat, Iskandar berkata, pengilang berkenaan didapati membuat pengurangan bekalan sejak awal tahun ini.

“Kita dapat laporan daripada lima pemborong di utara Semenanjung bahawa terdapat pengurangan bekalan daripada pengilang berkenaan.

"Kita sedang siasat punca pengurangan itu dilakukan. Hasil siasatan akan disiapkan dalam tempoh tiga minggu sebelum Ramadan," katanya.

Beliau menambah, meminta supaya semua pihak tiada membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan pengilang itu membuat pengurangan bekalan dan akan mengeluarkan hasil siasatan nanti.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan