Penang History, My History: Koleksi Terbaharu Untuk Semua

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 9:00 PM

Datuk Seri Wong Chun Wai bersama buku tulisannya, Penang History, My Story . Buku setebal 326 muka surat ini boleh didapati di unit edaran The Star atau kedai buku utama seluruh negara. - Foto: KEVIN TAN/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Koleksi bahan bacaan terbaharu yang menampilkan sejarah dan pengalaman peribadi anak jati Pulau Mutiara digarap menarik menerusi buku bertajuk 'Penang History, My Story'.

Nukilan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, ia kompilasi hasil karyanya dalam tempoh setahun bermula Januari 2013 yang disiarkan di bahagian Metro, akhbar yang diterajuinya.

"Sejarah bukan sekadar mengingati fakta atau cerita mengenai ahli politik yang akhirnya disanjung sebagai negarawan, malah kisah orang biasa juga wajar dimasukkan dalam sejarah," katanya Chun Wai pada malis pelancaran yang diadakan di Hotel E&O di sini, Khamis.

Pelancaran buku setebal 326 mukasurat yang memaparkan sisi peribadi penulis serta pelbagai fakta menarik mengenai negeri kelahirannya itu dilancarkan ikon pereka kasut terkenal, Datuk Jimmy Choo.

Acara berkenaan ditaja oleh Kumpulan E&O. Hasil jualan buku berkenaan akan diberikan kepada Penang Heritage Trust dan pusat rehabilitasi dadah, The Kenosis Home.

Lebih menarik, buku itu turut memaparkan kisah Chun Wai bersama rakannya yang berasal dari Pulau Pinang serta teman sekerjanya di The Star.

Antara kenamaan yang hadir memberikan sokongan ialah, tokoh akademik dan pengurus bank terkenal di Pulau Pinang, Tan Sri Dr Munir Majid, peguam dan penyair, Cecil Rajendra, tokoh pengguna veteran, SM Mohamed Idris serta tokoh warisan sejarah, Khoo Salma.

Buku ini juga boleh didapati di Star Publications (M) Bhd, dengan menghubungi jabatan edaran, di talian 03-7967 1388 ext 1026 (berhubung dengan Ankal Letchumanan atau Andrew Lim.) Ia turut didapati di semua kedai buku utama seluruh negara.
Tags / Kata Kunci: Penang History , My History , Wong Chun Wai

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan