Pelancaran Measat-3b Dijadual Semula September Ini

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 6:35 PM

Measat-3b

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Measat Global Bhd (Measat) mengumumkan pelancaran satelit Measat-3b dijadualkan semula kepada September, 2014.

Measat-3b akan disimpan di Euroyen Spaceport, Kourou, French Guiana sementara menunggu pelancaran itu, kata Measat dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Measat-3b sebelum ini dijadual dilancarkan pada 6 Jun 2014 GFT (7 Jun, waktu Kuala Lumpur).

Bagaimanapun, pelancaran itu ditangguhkan berikutan penambahan satelit tumpang bersama Measat-3b.

Measat-3b dibangunkan untuk menyediakan tambahan 48 transponder Ku-band berkuasa tinggi pada orbit 91.5°E untuk meluaskan perkhidmatan Direct-To-Home dan VSAT di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia.

Ditempatkan bersama Measat-3 dan Measat-3a, satelit itu akan meningkatkan lebih dua kali ganda kapasiti Ku-band Measat pada 91.5°E, yang akan mewujudkan lokasi orbit lasak dan berkuasa tinggi di rantau ini.


Tags / Kata Kunci: Measat , September

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan