Mangsa Banjir Di Kampar Meningkat Kepada 364 Orang

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 8:17 PM

Beberapa buah kereta tenggelam selepas banjir kilat melanda Kampar.

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Jumlah mangsa banjir dari tujuh buah kampung yang dinaiki air di daerah ini meningkat kepada 364 orang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar Mohd Yamin Naib berkata mereka dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar di sini.

Katanya mangsa banjir itu adalah daripada 95 keluarga dengan Kampung Batu 20 melibatkan 16 keluarga, Kampung Baru Kuala Dipang (49), Kampung Kuala Dipang (10), Kampung Chabang 2 (tiga), Kampung Pasir (dua), Kampung Nyior (14) dan Kampung Malaya (satu).
 
"Daripada jumlah itu, 119 orang adalah lelaki, 125 orang wanita, 62 orang kanak-kanak lelaki manakala 58 orang kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya sebanyak 22 orang daripada 14 keluarga tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir terbabit.

Beliau berkata keadaan banjir di semua kampung berkenaan kini mulai surut dan mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.
 
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa mengkaji punca banjir termasuk mengambil kira kemungkinan ia disebabkan keadaan Sungai Kampar dan Sungai Dipang yang semakin cetek atau hujan lebat sejak kebelakangan ini.
 
"Hujan lebat menyebabkan air di kawasan yang menampung air melimpah ke sungai dan seterusnya menyebabkan kawasan rumah penduduk digenangi air," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di sekolah berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak diarahkan untuk memeriksa keadaan benteng di kedua-dua sungai berkenaan agar tidak pecah bagi mengelak kampung berdekatan ditenggelami air pada musim banjir.

Mengenai sumbangan kepada mangsa banjir, Zambry berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat penilaian untuk menyalurkan bantuan kepada mereka.

Ditanya mengenai kejadian banjir di daerah Batang Padang, Zambry berkata 200 penduduk dari Kampung Baru Chenderiang dan Kampung Batu 3 Temoh terlibat dalam kejadian itu, namun mereka tidak dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Tags / Kata Kunci: banjir , Kampar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan