Malaysia Rayu Kuota Tambahan Jemaah Haji - Najib

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 7:39 PM

Najib (kiri) menyampaikan Kad Tabung Haji Debit-I Mastercard kepada antara pendeposit awal TH selepas melancarkannya di Menara TH di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian untuk membuat rayuan bagi permohonan kuota tambahan jemaah haji tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seramai 1.5 juta umat Islam di negara ini telah mendaftar untuk haji setakat Mei tahun ini.

Menurutnya, ia menunjukkan bahawa tahap ekonomi umat Islam di negara ini semakin baik dan peningkatan semangat serta kesedaran untuk mengerjakan ibadah haji.

"Namun, jumlah pendaftar haji bagi lima tahun kebelakangan ini amat agresif menyebabkan sesiapa yang mendaftar pada hari ini sebagai contoh, mengikut purata, mungkin perlu menunggu sehingga 50 tahun sebelum tiba giliran mereka menunaikan haji.

"Sehubungan itu, kita akan cuba untuk merayu supaya Kerajaan Arab Saudi dapat memberi  kuota tambahan jemaah haji buat rakyat di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tabung Haji Debit-i Mastercard, Buku Coffee Table dan Pusat Perkhidmatan dan Kewangan Islamik (IFiC) di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, Khamis.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Malaysia pada Mac lalu telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah 10,000 kuota jemaah haji bagi tahun ini.

Najib berkata, Kerajaan Arab Saudi memberi kuota sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah populasi kepada semua ahli negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) termasuk Malaysia.

Katanya, Malaysia mendapat kuota Haji sebanyak 27,900 tempat untuk jemaah haji di negara ini sejak 2009.

"Namun, akibat kerja-kerja pembangunan di sekitar Masjidil Haram, Kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota sebanyak 20 peratus kepada semua negara sehinggalah kerja-kerja pembangunan ini siap kelak pada 2016.

"Oleh itu, sejak tahun lepas, kuota Haji baru bagi Malaysia adalah sebanyak 22,320. Ini merupakan cabaran untuk kita," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan