Serbu Majlis Kahwin Di Kuil: Jais Lebih Arif - Jamil Khir - Berita Semasa | mStar

Serbu Majlis Kahwin Di Kuil: Jais Lebih Arif - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 6:45 PM

Majlis perkahwinan wanita Islam di kuil yang diserbu Jais, Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lebih arif dalam menjalankan tanggungjawabnya ketika menyerbu majlis perkahwinan seorang wanita Islam mengikut upacara agama Hindu, Ahad lalu, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu menyifatkan tindakan diambil kerana Jais bertanggungjawab memainkan peranan sewajarnya mengutamakan kepentingan agama Islam di Selangor.

"Tentunya di atas urusan dan tanggungjawab yang diserahkan itu untuk menjaga kepentingan Islam di Selangor dan prosedur, Jais lebih arif berdasarkan kuasa yang diberikan di mana dalam peruntukan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Senarai 2, agama Islam adalah di bawah kuasa majlis agama Islam negeri.

"Kita mengharapkan semua menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak yang diberi kuasa oleh majlis agama Islam negeri (Jais) untuk memainkan peranan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu yang menyalahkan Jais kerana tidak mematuhi operasi standard (SOP) apabila menyerbu majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid yang dijalankan di sebuah kuil di Petaling Jaya.

Menurut Jamil Khir, majlis agama Islam harus memainkan peranan untuk mempertahankan tanggungjawab agama di bawah kuasa yang diberikan mengikut undang-undang.

"Sebarang kegagalan dalam hal seperti ini, mungkin majlis agama akan dilihat sebagai faktor yang gagal dalam melaksanakan tugas mereka," katanya.

Pada Rabu, Abdul Khalid menyifatkan serbuan Jais sebagai perkara yang 'memalukan' bagi jabatan berkenaan.

"Menurut Jais ia bukan serbuan. Menurut polis ia satu serbuan, bagi pihak kita ia satu serbuan dan ini memalukan. Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik paling indah dan mereka tidak wajar merosakkanya, " katanya.

Malah katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati tidak mengikut SOP ditetapkan.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Jamil Khir Baharom , Jais , Hindu
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan