Abdul Hadi Tambah Baik, Jalani Pemeriksaan Menyeluruh

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 1:38 PM

Kesihatan Abdul Hadi yang bertambah baik membolehkan beliau menerima pelawat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan perkembangan baik selepas menjalani beberapa pemeriksaan di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berada bersama Abdul Hadi berkata, sejak dimasukkan ke hospital itu, doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh.

"Keadaan kesihatan Tuan Guru (Abdul Hadi) menunjukkan perkembangan yang sangat baik, di mana pihak doktor juga telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan kesihatan beliau benar-benar pulih sepenuhnya," katanya menerusi Facebook Abdul Hadi pada malam Rabu.

Di dalam laman sosial itu, turut disiarkan gambar Abdul Hadi memakai pakaian pesakit hospital warna biru menerima kunjungan beberapa pemimpin dalam dan luar negara.

Antara yang melawat beliau adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan bekas Menteri Tenaga Turki, Recei Kutan.

Abdul Hadi turut dihubungi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Beliau juga mengisi masa dengan menunaikan solat sunat dhuha sambil duduk di bilik wad hospital berkenaan.

Pemimpin berusia 67 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaaat lalu kerana mengalami sesak nafas, dipercayai kerana komplikasi jantung.

Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang di Terengganu berada di Istanbul bagi menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Kesatuan Muslim pada Jumaat lalu ketika beliau mengalami masalah pernafasan dan dikejarkan ke hospital

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan