Penemuan Mayat Dipercayai Warga Britain Dapat Liputan Meluas

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

LAPORAN yang mendakwa polis menemui mayat yang dikatakan lelaki warga Britain, Gareth Huntley di Pulau Tioman mendapat liputan meluas di akhbar negara kelahiran pemuda itu.

Ia seolah-olah menyampaikan mesej bahawa peluang lelaki berusia 34 tahun itu untuk hidup adalah tipis.

The Telegraph melaporkan selepas beberapa hari usaha mencari dan menyelamat dijalankan mayat mangsa ditemui dalam longkang beberapa meter daripada tempat kejadian.

Mayat tersebut ditemui pada pukul 1.30 petang ketika pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalanan pulang ke kem. Ia menimbulkan persoalan mengapa ia mengambil masa lama untuk menemui mayat berkenaan walaupun lokasi mayat itu sebenarnya berhampiran dengan kem berkenaan. 

Dalam laporan yang sama, mayat tersebut dikatakan hampir reput. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat, berkata: "Kami telah menemui mayat namun ia masih belum disahkan sama ada ia milik orang yang hilang atau sebaliknya. 

"Kita akan dapat mengetahui sekiranya ia adalah mangsa tersebut," kata kerana pasukan forensik sedang dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan ke atas mayat berkenaan.

The Guardian pula memetik jurucakap Pejabat Luar Britain sebagai berkata: "Polis Malaysia telah mengesahkan satu mayat telah ditemui di Pulau Tioman. 

"Pegawai pejabat konsulat kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dalam menyiasat perkara tersebut kerana ia merupakan isu penting. Kami akan terus menghulurkan bantuan kepada keluarga Gareth Huntley dalam menghadapi musibah ini."


Tags / Kata Kunci: Gareth Huntley , Pulau Tioman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan